Ramai pemilik kereta mungkin lebih biasa memastikan bahagian luaran kenderaan sentiasa bersih, namun penjagaan enjin juga tidak kurang penting.

Penggunaan kereta dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan pengumpulan karbon atau carbon deposit di dalam sistem enjin yang berpotensi menjejaskan prestasi kenderaan.

Pengumpulan Carbon Deposit Dalam Enjin Boleh Jejas Prestasi Kenderaan

Keadaan itu antaranya boleh dirasai apabila kereta kurang bertenaga atau memberi tindak balas yang perlahan ketika pedal minyak ditekan. Bagi membantu membersihkan carbon deposit dalam sistem bahan api, Bullsone menawarkan Bullsone Shot Fuel Cleaner yang boleh digunakan dengan cara mudah, iaitu tuangkan satu botol ke dalam tangki minyak sebelum mengisi bahan api.

Produk berkenaan didakwa mampu menyingkirkan sekitar 70 hingga 90 peratus carbon deposit dengan hanya satu botol, selain membantu menjimatkan penggunaan bahan api sehingga enam peratus dan meningkatkan kuasa output sehingga lapan peratus.

Bullsone Shot Fuel Cleaner turut menawarkan fungsi pembersihan sistem bahan api secara menyeluruh menerusi ciri 3-dalam-1. Untuk penjagaan biasa, satu botol disyorkan digunakan bagi setiap 5,000 kilometer.

Produk ini sesuai digunakan oleh pemilik kenderaan yang sering berdepan kesesakan jalan raya, khususnya apabila kereta terasa kurang responsif atau sukar memecut walaupun pedal minyak ditekan lebih kuat. Ia juga sesuai untuk kenderaan berusia lebih 10 tahun serta kereta yang menggunakan enjin turbo kerana enjin berkenaan beroperasi dalam keadaan suhu yang tinggi.

Dari segi jenis kenderaan, Bullsone Shot Fuel Cleaner boleh digunakan untuk kereta petrol, diesel, hybrid dan PHEV. Bullsone juga merupakan jenama dari Korea yang mempunyai sejarah selama 25 tahun dan produk berkenaan dinyatakan memenuhi piawaian keselamatan serta kualiti antarabangsa TUV dari Jerman.

Bagi harga, satu botol produk berkenaan ditawarkan pada harga kurang daripada RM50. Pengguna juga boleh mendapatkan tawaran bundle dengan diskaun yang lebih banyak apabila membeli dalam kuantiti lebih tinggi.

Selain itu, pembelian menggunakan kod promosi khas “BULLSONE” membolehkan pengguna menikmati diskaun tambahan sebanyak 15 peratus.

Bullsone Shot Fuel Cleaner boleh didapati melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop dengan carian “Bullsone”. Produk berkenaan turut ditawarkan menerusi platform Shopee dan Lazada untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk penjagaan sistem bahan api tersebut.

Shopee: https://shopee.com.my/product/1736706157/44755905815/
Lazada: https://www.lazada.com.my/products/bullsone-bullsoneshot-pro-total-fuel-system-injector-cleaner-for-petroldiesel-engine-500ml-i14840841281-s127497721493.html

 

 

 

[fbcomments]