Mukmin berjaya melakukan penghijrahan dalam diri untuk mendapat kehidupan lebih baik. Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini pula adalah perkongsian dari pelakon Noorkhiriah mengenai penghijrahannya masa mula-mula bertudung.

Dia ada mendedahkan dia pernah memberitahu seseorang yang dia bimbang untuk mula-mula berhijab kerana takut hilang pekerjaan dan kerjayanya sebagai pelakon.

Menurut Noorkhiriah ketika 10 tahun lalu, dia seperti tidak yakin dengan rezeki Allah.

Nak berair ari mata rasanya, Nor (nama panggilannya) nak sangat dah bertudung sebenarnya cuma takut tak ada rezeki lepas ni. Nor tak yakin.

Walau bagaimanapun, akhirnya dia tetap dengan keputusan untuk bertudung tanpa berfikir panjang.

Jelas beliau lagi, masa mula-mula tu dia punyalah takut nak berhijab dan dia juga akui bahawa tak yakin dengan rezeki Allah bila berfikiran sebegitu.

Akhirnya saya gamble je dik. Allah tutup 1 jalan, 10 jalan Allah buka.. Alhamdulilah hidup sampai sekarang walaupun dalam poket ada RM10.

[fbcomments]