Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo. Dikenali dengan gelaran Negeri Di Bawah Bayu , Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga dengan warisan budaya penduduknya yang berbilang etnik.
Tidak lengkap jika ke Sabah tetapi tidak mencuba makanan tradisional etnik di sana. Rata-rata pelancong yang berkunjung ke Sabah tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba butod atau dikenali sebagai ulat sagu.

Butod adalah sejenis ulat yang tinggal dalam pokok rumbia dan merupakan juadah istimewa bagi segelintir kaum kerana mempunyai protein yang tinggi.
Untuk pengetahuan anda, kebiasaanya ulat sagu ini dimakan hidup-hidup tetapi mestilah dibersihkan terlebih dahulu atau boleh juga dimasak dan dihidangkan dengan nasi.

Kini sebuah restoran di Sabah ini telah memvariasikan makanan tersebut dengan menu unik iaitu sushi dan pizza butod/ulat sagu. Dengar sahaja pasti sudah buat anda teruja untuk mencuba ia, bukan?


Apa yang membuat kami terkejut adalah lebih dari 400 ekor ulat sagu akan habis terjual! Tidak hanya anda boleh nikmati ulat sagu ini dalam bentuk pizza dan sushi, tetapi anda juga boleh nikmati ia secara bergoreng dan makan dengan nasi.
Mereka selalunya menjadikan ulat ini sebagai pembuka selera sebelum makan di majlis seperti perkahwinan atau perjumpaan serta menikmati rasa seperti susu berkrim ketika menggigitnya.
