Sebuah keluarga terlibat dalam kemalangan dan telah meragut enam nyawa di Kilometer lima Jalan Segamat-Kuantan, berpunca daripada sebuah lori muatan pasir terbabas melanggar sebuah kereta jenis Honda HRV yang memasuki laluan bertentangan, semalam.

Gambat Sumber” Buleti TV3

Lori Memasuki Laluan Bertentangan Menyebabkan Punca Kemalangan

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah memaklumkan kemalangan berlaku apabila sebuah lori muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan sebuah kereta jenis Honda HRV dari arah Kuantan menuju Segamat dilanggar lori pasir tersebut pada bahagian belakang.

Beliau turut menyatakan kemalangan berlaku kira-kira jam 6.37 petang membabitkan lima kenderaan, iaitu sebuah Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza, dan Perodua Bezza, selain lori membawa muatan pasir berhampiran Loji Petronas.

Gambar Sumber: Harian Metro

Enam Beranak Maut Di Tempat Kejadian

Menurut Ahmad Zamry lagi, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda HRV memperlahankan kenderaannya kerana terdapat kerja pembaikan jalan raya di hadapan sebelum ia dirempuh oleh lori pasir dari arah belakang.

“Tiba-tiba sebuah lori yang membawa muatan pasir yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar belakang Honda HRV terbabit dan Proton Wira yang sedang berhenti. Lori pasir berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pula sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu”, jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengesahkan mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit ialah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46 serta isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, dan empat anak mereka iaitu Fatimatuzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Seorang lagi anak mangsa iaitu Abdullah Amir Ruddin, 15 dan pemandu lori kini cedera parah dan dirawat di Hospital Segamat. Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Buletin TV3, Harian Metro

[fbcomments]