fbpx

Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa dalam kenderaan di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan pada tengahari semalam.

Bapa terlupa anak dalam kereta

Bapa mangsa yang mahu keluar dari pejabat kira-kira jam 1 tengah hari menyedari anaknya terbaring kaku berada di kerusi bayi di bahagian belakang keretanya.

Menurut berita, ketika si bapa menyedari kejadian yang menimpa anaknya itu, dia jadi panik malah hanya mampu menjerit Allahuakbar dan didengar oleh orang sekeliling.

4 jam di tapak parking

Bapa bayi berkenaan dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya ke taska sebelum ditinggalkan bersendirian selama empat jam di tapak parkir dari pukul 9 pagi.

Bapa mangsa terlupa dan tidak perasaan mangsa masih berada didalam kenderaan setelah menghantar dua anaknya ke sekolah dan menghantar isterinya ke tempat kerja.

Sepatutnya mangsa dihantar ke pusat jagaan bayi sebelum bapanya pergi kerja.

Di bawa ke klinik

Bayi itu kemudian dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota sebelum disahkan meninggal dunia.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Forensik Hospital Tengku Aampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamed Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian kes disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


[fbcomments]