Empat individu termasuk seorang wanita diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam aksi berbahaya menyalakan bunga api dari sunroof sebuah kereta yang sedang bergerak di sekitar Shah Alam, Selangor.

@501awani

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata tangkapan membabit individu berumur 21 dan 28 tahun itu dibuat pada 2.40 petang di sekitar kawasan Sungai Buloh dan Seksyen 9, Shah Alam. AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Empat Individu Ditahan Lepas Main Bunga Api Dari Sunroof Kereta Bergerak

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol memaklumkan, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 hingga 28 tahun. Mereka ditahan pada Sabtu menerusi beberapa serbuan yang dijalankan di kawasan Shah Alam dan Sungai Buloh.

Menurut beliau, pihak polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut, selain beberapa telefon bimbit serta bunga api yang disyaki digunakan ketika aksi berkenaan dirakam.

Beliau berkata, semua suspek kini direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Sebelum ini, satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menyalakan bunga api dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak, sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain.

Hasil siasatan polis mendapati kejadian berkenaan berlaku di kawasan Elmina Rainforest, sepanjang Persiaran Ficus, Seksyen U15, dan bukannya di Bukit Jelutong seperti yang dipercayai pada awalnya.

Kes kini dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti keseluruhan kronologi kejadian serta tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap semua suspek terlibat.

Kredit: Astro Awani

[fbcomments]