Baru-baru ini media melaporkan seorang pesara kerajaan meninggal dunia ketika sedang memandikan jenazah, di bilik Jabatan Forensik Hospital Gua Musang (HGM).
Arwah dikenali sebagai Mohd Azari Ibrahim, 64, bekas kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Gua Musang, dipercayai rebah selepas terkena serangan jantung.
Meninggalkan ketika sedang mandikan jenazah
Menurut isterinya, ketika kejadian, dia berada di rumah dan arwah sedang memandikan jenazah di bilik forensik bersama seorang lagi petugas hospital itu, sebelum dimaklumkan suaminya meninggal dunia.

Nora berkata, sepanjang hayat suaminya, arwah aktif dalam khidmat masyarakat dan sering membantu mereka dalam kesusahan bersama badan bukan kerajaan (NGO).
