Tidak dinafikan, ketika pandemik Covid19 menyerang dunia pasti semuanya merasa sangat bimbang apabila jutaan rakyat telah dijangkiti.

Tapi nampaknya kali ni kebimbangan rakyat akan naik satu level lagi apabila sampel kepak ayam sejuk beku yang dieksport ke bandar selatan China, Shenzhen dari Brazil telah diuji positif Covid19. 

Lebih membimbangkan, kilang pemprosesan daging yang dimiliki syarikat Aurora itu merupakan syarikat pemprosesan ayam dan daging babi yang ketiga terbesar di negara itu pula.

Penemuan tersebut sekaligus menimbulkan kebimbangan bahawa bekalan makanan yang tercemar juga boleh wujudkan gelombang Covid19.

Menurut kenyataan dari ketua makmal mikrobiologi di Penilaian Risiko Keselamatan Makanan, Pusat Kebangsaan China bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa jangkitan itu berpunca daripada makanan sejuk beku yang tercemar.

Ini kerana, virus itu didapati boleh hidup sehingga tempoh dua tahun pada suhu di bawah 20 darjah Celsius, namun saintis mengatakan bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan bahawa Covid-19 boleh disebarkan melalui makanan sejuk beku.

Apa-apa pun, tak salahkan kalau kita semua berjaga-jaga. Kalau camtu,nampaknya kita kenalah bela ayam sendiri lepas ni. Takut nak makan makanan import! 


[fbcomments]