Seorang bapa baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya yang berusia 12 tahun sudah menunjukkan sifat berdikari dengan menyediakan makanan sendiri untuk dibawa ke sekolah.

@emyspiders

si along ni bru darjah 6, alhamdulilah die reti berdikari dah.. idok le apak nye risau sangat.. kate nye nk jd mcm KA 😬.. #along #darjah6 #akhiratdidepan

♬ original sound – ysaniiieee – ysaniiieee

Nak Jadi Khairul Aming

Melalui hantaran video di akaun TikTok Amyzana, si bapa berkongsi momen anak lelakinya yang lengkap berpakaian sukan sekolah sedang sibuk memasak nasi goreng pada awal pagi sebelum ke sekolah.

Dalam kapsyen yang disertakan, bapa tersebut menjelaskan bahawa anaknya bercita-cita untuk mencapai kejayaan seperti pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming. Dia turut menyatakan rasa bangganya melihat anaknya semakin bijak menguruskan diri walaupun masih berada di sekolah rendah.

“6.40 pagi nak bujang tengah memasak sebelum pergi ke sekolah. Si along ni ni baru darjah enam, alhamdulilah dia dah pandai berdikari. Tak ada lah bapanya risau sangat, katanya nak jadi macam Khairul Aming,” tulisnya.

Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai, di mana rata-rata warganet kagum melihat kematangan kanak-kanak tersebut yang sudah pandai memasak walaupun baru berusia 12 tahun. Ramai memuji didikan ibu bapanya yang berjaya menanam sifat berdikari dan tanggungjawab dalam diri anak mereka pada usia muda.

Di ruangan komen, warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kanak-kanak itu terus berjaya dalam kehidupan serta memuji usaha ibu bapanya yang mendidik anak-anak dengan baik. Ada juga yang menyatakan harapan agar lebih ramai ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk berdikari sejak awal.

Kredit: TikTok Amyzana

[fbcomments]