Baru-baru ini Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah dilihat sedang mengambil lesen memandu. Ia menjadi lebih menarik apabila netizen berjaya merakam Cik B yang sedang belajar memandu bersama-sama pengajarnya sambil melayan karenah peminat di atas jalan raya.
Berinteraksi Semasa Berhenti Di Lampu Isyarat
Menurut rakaman video yang dikongsi oleh Cik B sendiri di laman TikToknya, beliau dilihat mengenakan baju berwarna merah dan ditemani seorang guru memandu disisi sebelah. Difahamkan, pemilik video sebenar sempat merakam Cik B ketika mereka berdua berhenti di lampu isyarat.
Cik B yang kelihatan mesra melayan karenah peminat dapat perhatian netizen kerana bersikap tidak sombong, malah Cik B sempat menyapa mereka dan memberikan mini love kepada si perakam.
Walaupun Kaya Tapi Bagus Tak Ambil Lesen Terbang
Menjengah di ruangan komen, netizen amat kagum dengan kelakuan Cik B yang humble kerana walaupun beliau dari keluarga yang kaya, beliau masih mengambil lesen seperti orang lain dan tidak menggunakan kuasanya untuk mendapat “lesen terbang” secara mudah dan pantas.


Kredit: TikTok cikb_havoc66