Gempar di media sosial apabila seorang peserta All Together Now Malaysia (ATNM) 2 menjawab pertanyaan juri, Catriona Ross dengan nada biadap dan sinis.
Peserta dikenali sebagai Fieqa yang berumur 16 tahun itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila soalan juri tersebut disambut dengan jawapan kurang menyenangkan.
Catriona bertanya sama ada peserta tersebut selesa atau tidak membawakan lagu yang disampaikan ketika membuat persembahan. Ini kerana Catriona memberitahu sebelumnya, Fieqa dilihat seperti marah dan takut ketika membuat persembahan.
Nada jawapan peserta tersebut mengejutkan barisan juri disitu.
“Mestilah minat, kalau tak kenapa I bawa (lagu ini),”jawab Fieqa dengan nada sinis.
Catriona dilihat terkedu dengan jawapan yang diberikan. Nada dan bahasa tubuh gadis tersebut sememangnya membuatkan ramai menggelengkan kepala termasuklah komposer terkenal, Ajai dan Datuk Shafinaz Selamat.
Datuk Syafinaz Selamat sempat menyampuk dan memberi teguran kepada peserta tersebut.
“Nasib baik awak bukan anak murid saya. Kalau anak murid saya jawab dengan saya begitu, dah lama awak (menangis).”
“Hati-hati bila menjawab. Bila orang bertanya soalan, kita kena cantik sikitlah bahasa kita, dik.”
Susulan itu, Catriona bertindak menegur dan memberikan nasihat kepada gadis tersebut di belakang pentas bahawa attitude atau tingkah laku seseorang itu melambangkan siapa diri individu tersebut.
Ini respons peserta tersebut.
Gadis itu membuat hantaran di Instagram miliknya selepas perkara ini menjadi kecaman warganet.
Jelas gadis itu, dia mengakui kesalahnnya dan akan perbaiki diri menjadi lebih baik selepas ini.
Gadis itu juga berkata, cukuplah hanya keluarga dan rakan-rakan tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Yang cakap tu kan macam tahu je apa yang jadi belakang stage”
Tambah Fieqa, orang yang bercakap seolah-olah lebih tahu apa yang terjadi disebalik tabir dan apa yang pihak penerbitan mahu. Katanya cukuplah Allah SWT dan dirinya tahu hal yang sebenar.
Apa pendapat anda? Sejauhmana kebenarannya,mesti ingat ya; Budi bahasa budaya kita.