Pada Januari lalu, gempar media sosial dengan berita pergaduhan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran di Shah Alam.
Menurut laporan Kosmo pada 20 Februari, kedua-dua madu tersebut nampaknya telah berbaik. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini telah menarik laporan berkaitan kes itu dalam dua minggu lalu.
Menurut Iqbal, pihaknya telah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan dengan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Mereka suda tarik report. Wife telah tarik report dua minggu lalu.”
“Jadi kita telah rujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan.”
“Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tetapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik.”

” Jadi, kes selesai dengan diklasifikasikan sebagai NFA,”tambahnya.
Terdahulu, Bawang Rangers ada melaporkan pergaduhan tarik rambut antara dua madu ini yang berlaku di Shah Aam. Isteri pertama jurulatih bola sepak tersebut turut membuat laporan polis pada hari yang sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Sumber: Kosmo!