fbpx

Dunia hiburan gempar sebelum ini apabila Fyna Jebat mengaku telah berkahwin dengan bekas pemain bola negara, Datuk Zainal Abidin Hassan. Hari ini, kontroversi semakin bertambah apabila artis itu dilihat diserang madunya di sebuah kedai mamak di Shah Alam pada pagi Isnin.

Menurut laporan mStar, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

“Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu diserang isteri pertama. Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut,”kata sebuah sumber kepada mStar.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim kepada Majoriti. Katanya, telah terdapat pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal yang baru saja berkahwin dengan selebriti.

Kedua-dua pihak dipercayai telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fyna mahupun Zainal setakat artikel ini ditulis.

Untuk makluman, perkahwinan pertama jurulatih berkenaan adalah pada tahun 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Manakala, perkahwinan dengan Syafinaz Jebat, 29, berlaku baru-baru ini dan tidak diulas lebih lanjut oleh selebriti tersebut.

Sumber: mStar

[fbcomments]