Tindakan seorang wanita yang menarik leher pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, untuk menciumnya ketika menghadiri Kenduri Rakyat di Muar baru-baru ini mengundang perhatian ramai.
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika Bella bersama suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sedang menyantuni tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
![]()
Bella Astillah Ditarik Seorang Mak Cik Ketika Santuni Tetamu, Rakan Tak Benar Orang Lain Mencium
Insiden tersebut turut mendorong rakan Bella, Pino, supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Menerusi satu hantaran, Pino memaklumkan bahawa dia tidak lagi membenarkan orang lain mencium Bella ketika berada di pelamin susulan tindakan wanita terbabit.
“Disebabkan seorang mak cik cium, semua orang tak boleh cium dah semasa di pelamin. Saya tak bagi,” tulisnya.
![]()
Hantaran itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan wanita berkenaan. Ramai mempersoalkan perbuatannya yang menarik leher Bella untuk menciumnya, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai batas ketika berinteraksi dengan orang lain.
![]()
Kredit: Thread pinography