fbpx

Terlampau banyak lambakan produk-produk kesihatan yang terjual dipasaran terutamanya di media sosial yang disifatkan terlalu over claim. Malah ada juga sesetengah produk tu dilihat mengandungi bahan yang merbahaya dan tak diiktiraf KKM pun tapi harganya bukan main melambung mahal.

Gelang pelindung dari COVID-19

Di Twitter, ada tersebar sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang mempromosikan produk terbarunya. Produk yang dijualnya itu didakwa mampu melindungi diri dari COVID-19.

Hebat kan? Pakar seluruh dunia pun tak jumpa lagi penawar dan vaksin tapi produk ni terbaiklah!

Hanya pakai sahaja, boleh cegah COVID-19…”

Katanya dalam video itu, disebabkan tidak ramai orang suka dan konsisten makan supplement, jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan memakai gelang untuk jauhkan diri dari wabak COVID-19.

Produk baru 2 hari, lajunya dapat Noble Prize…

Harga pun boleh tahan!

Mohon orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan lambakan produk-produk di luar yang terlalu over claim. Dalam musim Covid-19, cukup kalau anda semua jaga penjarakkan sosial, kerap basuh tangan dan jangan lah dok sibuk nak keluar-keluar. Ikut saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

[fbcomments]