Konflik antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi lebih buruk apabila artis itu didakwa menumbuk muka bekas isterinya itu pada Khamis.

Menurut laporan Berita Harian, Hafidz dikatakan menumbuk bahagian muka Shuhada sebanyak tiga kali pada pagi Khamis selepas berlakunya pertengkaran antara mereka.

Hari ini, Shuhda, 29 secara sinis telah mengucapkan terima kasih kepada Hafidz kerana menyebabkan wajahnya mempunyai cacat kekal. Shuhada juga menegur perangai Hafidz yang berlagak seolah-olah mangsa keadaan.

“Coretan seorang Shuhada. Apa yang dah terjadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyesalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut.

“Play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ni TAK PERNAH SALAH, tapi ingatlah… Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari pokok.

“Never contact again was a bullshit. Yang pasti dia punya stalk i, baca every comments is a joke haha.

“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang,” tulisnya.

Anak sebagai content

Shuhada juga menegur tindakan Hafidz yang menggunakan anak sebagai cara untuk meraih simpati dan membuat content di media sosial.

Dan kalau kau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia lebih bagus boleh buat kau bahagia teruskan.

“Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras. Thank you for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balaslah seberat kifarah buat anda dan anda..

“Hal ini kerana, Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah!” tambahnya.

Hafidz tumbuk
Shuhada ada memuat naik keadaan dirinya namun posting tersebut telah dipadam.

Terdahulu, Hafidz didakwa telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya dihadapan keluarga menerusi satu panggilan telefon.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar,2 tahun.

[fbcomments]