Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi detik pilu bagi seorang wanita apabila ibunya meninggal dunia hanya enam jam sebelum majlis perkahwinannya di Ampang, Ahad lalu.

@miloaisikattepi00_

Doakan mak saya ditempatkan orang2 beriman🤲🏻

♬ suara asli – Salman Alpaizar – Salman Alpaizar

Hari Bahagia Bertukar Pilu, Wanita Teruskan Akad Nikah Di Hadapan Jenazah Ibu

Wanie, 26, yang enggan mendedahkan nama penuh, berkongsi bahawa ibunya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3 pagi pada hari tersebut. Namun, demi menunaikan hajat terakhir arwah ibu yang menghidap kanser pankreas tahap empat, dia tetap meneruskan majlis akad nikah di hadapan jenazah ibunya.

Menurut Wanie, majlis asalnya dijadualkan pada Disember tahun ini, tetapi terpaksa diawalkan selepas mengetahui keadaan kesihatan ibunya pada penghujung tahun lalu.

“Emak memang mahu melihat saya bernikah. Itu hajat terakhirnya. Jadi walaupun emak pergi awal pagi itu, saya tetap mahu majlis ini berlangsung demi memenuhi permintaannya,” katanya.

Wanie turut menceritakan bahawa sebelum ini ibunya berada dalam keadaan sihat, namun mula menghadapi masalah kesihatan selepas terjatuh pada Oktober tahun lalu. Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang masalah serius, tetapi pemeriksaan lanjut mengesahkan beliau menghidap kanser pankreas tahap empat, dan doktor memaklumkan jangka hayatnya tidak panjang.

“Segala usaha termasuk rawatan telah dilakukan, tapi bila ajal sampai, memang tiada apa yang boleh dibuat,” tambah anak bongsu daripada enam beradik itu.

Rakaman majlis akad nikah Wanie yang berlangsung di sebuah surau tular di media sosial, menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Wanie bagaimanapun menegaskan bahawa tindakannya itu semata-mata untuk memenuhi permintaan terakhir ibunya, walaupun ada yang mengkritik.

Kredit: Kosmo!, TikTok miloaisikattepi00_

[fbcomments]