fbpx

Sejak kebelakangan ini Malaysia di kejutkan dengan berita yang sensasi. Lelaki menunaikan umrah dengan memakai pakaian wanita. Pemergian artis tanah air yang tular kisah-kisah baiknya sepanjang hidup menjadikan pedoman kepada semua.

Apa-apa pun semua adalah takdir Allah. Selang beberapa hari, Malaysia digemparkan dengan perselisihan faham antara keluarga arwah Abam, Dato Aliff dan juga isteri Abam. Yang menjadi isu adalah mengenai harta pusaka yang harus di faraidkan.

Rata-rata netizen turut mengulas tentang isu tersebut, dan menyatakan isteri lebih berhak untuk harta suami, di tambahkan pula isteri harus mempunyai wang belanja dan keperluaan yang cukup untuk membesarkan anak arwah.

Isu ini turut menarik perhatian Aeril Zafrel.

Ringkas dan steady sahaja caption Aeril tetapi turut memberi impak besar kepada peminatnya untuk terus sedar apa yang berlaku sekeliling ini adalah semua perancangan dari Allah dan terselit hikmah yang indah untuk kita semua.

[fbcomments]