Dua orang wanita beragama Islam telah diserang dan ditikam ‘bertubi-tubi’ di bawah Menara Eiffel. Menurut laporan Daily Mail, kejadian ini berlaku berikutan daripada insiden seorang guru dipenggal sehingga menyebabkan ketegangan di kota Paris saat ini dilihat semakin meningkat.

Susulan daripada insiden tersebut, polis telah menahan dua orang wanita kulit putih yang merupakan suspek utama serangan tersebut.

Ditikam sebanyak 6 kali

Menurut pihak pendakwa, kedua-dua tertuduh bakal berdepan dengan dakwaan cubaan membunuh susulan kejadian serangan rasis itu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Kenza, 49, ditikam enam kali dan didapati mengalami kebocoran pada paru-paru, manakala seorang lagi bernama Amel perlu menjalani pembedahan di tangan.

Media tidak menghebohkan

Media Barat didakwa sengaja tidak menghebohkan insiden serangan berunsur rasis di Perancis ini selepas sentimen anti-Muslim semakin meningkat di negara itu.

[fbcomments]