Menjadikan cinta sebagai satu landasan untuk membina keluarga adalah satu perkara yang perlu dipertimbangkan. Apa lagi jika seseorang itu belum berkemampuan.
Jom kita ikuti satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Natipah Abu.
Duduk dalam timbunan sampah dengan 2 orang isteri
Keluarga ini tinggal di sebuah rumah 3 tingkat yang penuh dengan sampah dan barangan kitar semula serta didiami oleh beberapa orang kanak-kanak serta 2 orang isteri.
Bilik isteri pertama & kedua hanya dipisah langsir
Rumah yang mempunyai tiga tingkat itu dihuni tiga orang dewasa dan dua orang kanak-kanak serta dipenuhi sampah sarap. Apa yang lebih mengejutkan, bilik isteri pertama serta kedua dipisahkan dengan langsir sahaja.
Isteri muda pernah belajar di IPT
Isteri kedua keluarga ini sedang hamil tujuh bulan dan mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Difahamkan, isteri kedua ini mempunyai tunggakan bayaran PTPTN dan ini bermakna dia pernah menuntut di institusi pengajian tinggi.
Bawa keluar ke tempat lebih selesa
Susulan daripada aduan jiran tetangga, beberapa pihak tertentu telah membantu mereka keluar daripada rumah tersebut dan memberikan sebuah penempatan baru di rumah flat.
Bayaran awal ditanggung dahulu sebelum dilepaskan kepada mereka.