Majikan perlu melaksanakan jadual waktu bekerja anjal bagi mengelakkan berlaku kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam dan di dalam kenderaan awam pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.
Perdana Menteri berkata, majikan boleh memastikan tidak semua pekerja mesti masuk bekerja pada waktu sama, sekali gus inisiatif itu sedikit sebanyak mengelakkan orang ramai berkejar-kejar untuk masuk pejabat pada waktu sama.
Kerja dari rumah atau selang seli
Selain itu, Perdana Menteri juga menyarankan majikan untuk membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang seli.
Disamping langkah ini juga dapat membantu ibu bapa menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak.
“Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan standard prosedur operasi (SOP) tertentu tetapi ramai ibu bapa yang masih bimbang ungtuk menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.
“Kalau majikan boleh mebenarkan datang kerja secara selang seli ia boleh membantu selesaikan masalah ini.”
Pengguna pengangkutan awam
“Dalam keadaan kita nak mengawal penularan pandemik koronavirus (Covid-19), kita mesti elakkan kesesakan di stesen-stesen bas, LRT, MRT dan sebagainya.
“Syarikat-syarikat pengangkutan awam juga mesti bersedia. Sudah tentu jumlah pengguna akan meningkat”
Muhyiddin turut menasihatkan semua pengguna pengangkutan awam supaya memakai topeng muka sebagai langkah keselamatan dan pencegahan terhadap jangkitan Covid-19.
“Anda akan sentiasa terdedah kepada penularan wabak Covid-19. Jadi ambil langkah-langkah untuk lindungi diri sendiri.
“Pakai penutup hidung dan mulut dan simpan juga satu atau dua lagi dalam beg. Sentiasa bawa hand sanitizer untuk digunakan jika perlu,” katanya.