Seperti kita sedia maklum, saat ini Malaysia sedang dilanda wabak COVID-19 dan kini kita semua berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dimana kita tidak dibenarkan untuk keluar tanpa tujuan yang penting, berkumpul beramai-ramai, termasuk juga menunaikan solat berjemaah mahupun solat Jumaat di Masjid atau surau.

Tindakan ini dilakukan adalah untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus tersebar.

Tetap menunaikan solat berjemaah di masjid

Walau bagaimanapun, masih ada juga yang melanggar perintah tersebut.

Rondaan dan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh Penguatkuasa agama bersama PDRM hari ini di sekitar Bagan…

Posted by Pejabat Agama Bagan Serai on Sabtu, 28 Mac 2020

Tangkapan dilakukan di sebuah masjid di Bagan serai membabitkan 13 orang jemaah menunaikan solat waktu Isyak kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19.

Hukum tinggalkan solat jemaah di Masjid/Surau

Rentetan daripada itu, timbul pula persoalan berkaitan pelaksanaan solat fardu secara berjemaah di masjid, surau dan tempat awam.

Untuk pengetahuan, meninggalkan solat berjemaah dan solat Jumaat masa wabak penyakit adalah sunah Rasulullah SAW.

Ini kerana solat Jumaat melibatkan perkumpulan orang dalam jumlah yang besar dalam sesebuah masjid yang mengambil tempoh masa tertentu kerana adanya penyampaian khutbah dan juga pelaksanaan solat.

“Mana ada pemerintah berani melarang solat berjemaah dan solat Jumaat. Tapi kenapa sekarang melarang? Mufti sendiri pun keluar fatwa, termasuk lah juga Mufti dari Al- Azhar sendiri. Kenapa mereka berani?

Ini adalah kerana ianya dari Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW”

Semoga dengan penerangan ini korang lebih mematuhi arahan yang ditetapkan. Mohon semua Masjid/surau ikut perintah yang telah dikeluarkan pihak berwajib. Sama-sama kita membendung wabak Covid-19.

[fbcomments]