Satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Sabah baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila tiga beradik perempuan sah bergelar isteri kepada tiga beradik lelaki dalam satu majlis yang sama.

Perkahwinan luar biasa ini dikongsikan oleh salah seorang pengantin, @cvtie_lulu, menerusi platform TikTok dan sejak itu menerima pelbagai reaksi kagum daripada warganet.

@cvtie_lulu

acara nikah 3 adik beradik perempuan dgn 3 adik beradik lelaki 🤍

♬ original sound – ࣪𓏲ּ ᥫ᭡ ₊ ⊹ ˑ ִ ֶ 𓂃 – ࣪𓏲ּ ᥫ᭡ ₊ ⊹ ˑ ִ ֶ 𓂃

Majlis Nikah Serentak, Tiga Beradik Perempuan Temui Jodoh Dengan Tiga Adik-Beradik Lelaki

Majlis yang berlangsung pada 25 Mei lalu menyaksikan ketiga-tiga pasangan diijabkabulkan dalam suasana penuh meriah dan bermakna. Menariknya, pernikahan serentak itu tidak dirancang lebih awal, sebaliknya berlaku secara kebetulan apabila ketiga-tiga pasangan bersetuju untuk disatukan dalam satu majlis.

Menceritakan lanjut tentang kisah cinta mereka, pengantin menyatakan bahawa hubungan antara ketiga-tiga pasangan terjalin secara semula jadi dan penuh keikhlasan. Mereka saling mengenali dan menyukai antara satu sama lain sejak awal lagi.

@cvtie_lulu

Replying to @່

♬ So Tau Pura Pura Tidak Tau – Forde Caveira

Apa yang lebih menarik, urutan pasangan ini turut mencuri perhatian. Anak sulung dalam keluarga perempuan berkahwin dengan anak bongsu lelaki, manakala anak kedua dan ketiga masing-masing berjodoh dengan pasangan lelaki mengikut susunan adik-beradik mereka.

Cvtie, selaku anak sulung, kini bergelar isteri kepada lelaki berusia 22 tahun yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Hubungan unik ini dianggap ramai sebagai ‘jodoh sepadan’ bukan hanya dari segi emosi, tetapi juga struktur keluarga.

Ruangan komen di media sosial turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa kebahagiaan daripada netizen yang teruja dengan kisah perkahwinan istimewa itu. Malah, ada yang menyatakan rasa terinspirasi melihat keakraban dan keserasian antara kedua-dua keluarga.

Kredit: TikTok cvtie_lulu

 

 

 

[fbcomments]