Sebelum ini, timbul dakwaan Qistina Raisah bergaduh dengan aktres Puteri Balqis. Balqish telah berkongsi satu hantaran di Instagram yang mendakwa seorang pelakon remaja yang tidak pernah memenangi anugerah, menyindirnya melaui video di media sosial.
Balqis berkata pelakon itu sering membandingkan kecantikan dirinya dengan orang lain disamping sering menayang teman lelaki.Ramai yang membuat andaian pelakon yang dimaksudkan ialah Qistina.
Pemilik nama Nur Qistina Mohd Kamarol Azri, 15, tampil menceritakan perkara sebenar baru-baru ini melalui temubual bersama mStar.
Hormat dan kagumi Balqis
Qistina berasa kesal kerana dia begitu menghormati Balqis dan tiada sebarang masalah dengannya. Malah, dia juga mengagumi bakat lakonan Balqis.
Qistina berkata dia kesal dan tidak menyangka Balqis sanggup mengeluarkan kata-kata hinaan sebegitu.
“Jika benar apa yang dikata itu untuk saya.. tidak sangka begitu sekali dia merendahkan dan menghina saya”
“Saya memang tidak pernah menang anugerah, tetapi sebagai seorang yang turut sama dalam industri saya harap dia faham keadaan saya,”katanya lagi.
Mohon Balqis jelaskan kekeliruan
Pelakon remaja itu ingin Balqis untuk menjelaskan kembali perkara tersebut secara terbuka dan meminta maaf. Qistina berkata perkara tersebut sedikit sebanyak telah mencemar imej baiknya disamping menyebabkan ramai yang mengfitnahnya.
Pergaduhan dengan rakan
Qistina mengaku ada bergaduh dengan seorang rakan. Namun individu yang dimaksudkannya bukanlah Balqis. Pergaduhan itu telah pun terlerai dan mereka telah saling bermaafan. Namun, Balqis terasa seakan-akan hantaran ditujukan kepadanya.

“Saya pun tidak tahu bagaimana dia boleh terasa perkongsian saya sebelum ini ditujukan kepadanya.”
Sumber: mStar