Penggemar kucing biasanya akan memilih kucing yang comel dan gebu untuk dibuat sebagai haiwan peliharaan mereka. Lain pula ceritanya dengan seorang wanita yang sanggup mengambil kucing unik dan ganjil untuk dibela olehnya.

Nasib kucing Down Syndrome terbela

Pada bulan Ogos tahun lalu, terdapat seekor kucing yang comel dan unik bernama Maverick telah dihantar ke pusat jagaan haiwan New York oleh tuannya kerana tuannya mempunyai alahan terhadap kucing.

Malangnya, pusat jagaan itu telah penuh. Oleh kerana itu, seorang pekerja yang baik hati telah membuat keputusan untuk mengambil haiwan tersebut dan menyerahkan kepada seorang pengasas The Odd Cat Sanctuary yang merupakan sebuah pusat jagaan kucing tidak berbayar.

Di sinilah kehidupan Maverick mula bersinar apabila pengasas yang dikenali sebagai Tara membuat keputusan untuk mengambilnya tanpa rasa ragu-ragu.

Alhamdulillah, nasibnya kini lebih terbela.


[fbcomments]