fbpx

Seorang mayat nelayan yang dipercayai milik Addi Bangsa, 60, yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai disambar buaya ketika hendak turun dari bot untuk menangkap ikan kira-kira jam 4 pagi. Kejadian yang dikatakan berlaku di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita Rabu lalu kini telah berjaya menemukan mayat warga emas itu dalam perut seekor buaya pada semalam.

Dibaham Buaya Seberat 800 Kilogram

Menurut sumber yang dipetik oleh Berita Harian, seekor buaya seberat 800 kilogram (kg) bersama empat meter panjangnya dipercayai membaham mangsa dan ia telah dapat dikesan oleh anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) yang menyertai operasi pencarian sebelum menembak mati buaya terbabit pada jam kira-kira 3 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin memaklumkan bahawa anggota JHL sekaligus membelah perut buaya tersebut dan berjaya menemukan anggota badan manusia yang dipercayai milik mangsa.

“Seterunya proses pengecaman dilakukan oleh pihak keluarga mangsa di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut”, jelasnya ketika dihubungi pihak Berita Harian semalam.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]