fbpx

Minggu lalu,netizen dan beberapa media semuanya tertumpu pada keputusan mahkamah yang melibatkan tuntutan faraid yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Terdahulu, Hidayah ada menjelaskan bahawa dia berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak.

Tuntutan kereta Velfire

Ketika di luar mahkamah, antara soalan yang ditanya oleh wartawan kepada Hidayah adalah berkenaan kereta Velfire milik arwah Abam yang didakwa sudah ditarik.

Nak dapatkan kereta semula, Insya Allah. Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga. – Hidayah

Bagaimanapun kenyataan Hidayah itu dilihat bercanggah dengan penjelasan Ali Puteh bahawa Toyota Vellfire milik Allahyarham itu sebenarnya sudah dilelong bank pada 19 Ogos.

Kena tarik ke tak sebenarnya?

Baru-baru ini pula, Ali ada sound netizen di Instagram miliknya diatas soalan yang ditanya mengenai Velfire arwah Abam.

Nak tahu satu jer, Velfire kena tarik ke tak sebenarnya? – Netizen

Tanpa disangka, Ali dilihat telah membalas komen tersebut dengan kata-kata agak pedas.

Meh datang rumah, kalau kena tarik (Velfire), memang kau makan penampar jurus ke-3 ” – balas AIi.

Ali kemudian dilihat meninggalkan satu lagi komen kepada seorang netizen lain mengenai soalan Velfire;

Tengok IG anak kecik tu…jaga makan minum anak lagi baik dari menyebok hal orang…esok-esok anak lapar kang tak makan pulak…bapak keja mencari d0sa je…ajak jumpa datang umah tak berani pulak.

[fbcomments]