fbpx

Seorang wanita Thailand berusia 40 tahun mendapat perhatian di media sosial kerana strategi perniagaannya dan barang yang dijualnya lain daripada yang lain.

Kannita Thongnak merupakan seorang penjual pakaian terpakai sekitar Chon Daen, utara Thailand. Namun, setelah kerajaan telah mengisytiharkan perintah berkurung dia telah memutuskan untuk mencuba nasib menjual di atas talian seperti penjual yang lain.

Menjual pakaian terpakai yang dimiliki orang yang telah meninggal dunia merupakan perkara yang sukar dan menjadi pantang larang. Lelongan ‘Live Streaming’ yang dijalankan tidak mendapat sambutan yang mengalakkan dan tidak berhasil mendapatkan jualan.

Oleh disebabkan kurang bilangan tontonan, Kannita mencuba idea yang menarik dengan mengubah dirinya seperti mayat hidup memandangkan barang yang dijualnya juga merupakan milik orang yang sudah meninggal dunia.

Idea untuk mengubah dirinya menjadi mayat ini muncul semasa rumahnya tiada bekalan air untuk mencuci muka sebelum memulakan siaran langsung di laman sosialnya. Kannita memutuskan untuk mengenakan bedak asas berwarna putih yang membuatkannya kelihatan seperti hantu.

Setiap malam, Kannita akan bersiaran langsung di laman sosialnya dengan dandanan muka yang kelihatan seperti hantu atau mayat. Hanya dalam beberapa hari sahaja, dia  berjaya mendapat lebih 4,000 tontonan. Dia juga mengakui pakaian yang berjaya dijual kali ini merupakan yang terbaik selama 3 tahun menjadi peniaga.

Kannita biasanya akan memulakan jualan siaran langsung sekitar 10 malam sehingga 3 pagi kerana waktu seperti ini sesuai dengan tema seram yang dia lakukan.

กล้า “เอฟ” กันไหม? … ไลฟ์สด ขายเสื้อผ้าคนตาย

กล้า “เอฟ” กันไหม? … เปิดเรื่องหลอน ไลฟ์สด ขายเสื้อผ้าคนตาย😱

Posted by Thairath – ไทยรัฐออนไลน์ on Sabtu, 6 Jun 2020
[fbcomments]