Di aplikasi TikTok telah tular sebuah video pergaduhan yang dipercayai berlaku di sebuah restoran mee tarik sekitar Petaling Street.

Menerusi klip video yang dimuatnaik pengguna bernama nurinabelle itu, kejadian menjadi huru-hara apablia terdapat dua orang lelaki yang sedang bertumbuk di kawasan restoran itu.

Pelanggan-pelanggan pantas melarikan diri membawa makanan masing-masing akibat takut dengan aksi ganas yang berlaku di depan mata mereka.

@nurinabelle

Mee tarik sedap, gaduh yang tak sedap

♬ Creepy Violins – Apollo Nove

Apa puncanya?

Punca kejadian masih tidak dapat dipastikan. Namun, menurut salah seorang saksi di tempat kejadian, Farisha Iris, perkara itu berlaku antara seorang warga Afrika dan seorang lelaki cina.

Difahamkan, lelaki warga Afrika tersebut berada dalam keadaan mabuk dan telah ditinggalkan oleh rakan-rakan yang turut serta minum dengannya. Lelaki itu telah diminta membayar total hidangan mereka yang mencecah ratusan ringgit. Perkara ini telah membuatkan lelaki tersebut berang dan bertindak mencederakan lelaki cina tersebut.

Wanita yang menyaksikan kejadian ini pantas menelefon pihak polis agar tindakan dapat diambil. Difahamkan, lelaki ini telah ditangkap pihak berkuasa malam tadi.

@farisha_iris Replying to @AINI ♬ original sound – farisha iris

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi pelanggan yang membawa makanan lari dari tempat kejadian.

Ada juga yang menganggap kejadian seperti itu tidak patut berlaku dan menganggu ketenteraman pelanggan.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 125 ribu tanda suka dan 612 perkongsian di internet.

Sumber: Tiktok nurinabelle, farishairis

[fbcomments]