Beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit.
Susulan itu, beberapa individu telah ditahan termasuk seorang ahli peniagaan wanita yang dikenali sebagai Datin A, didakwa dalang sindiket tersebut.
Mempunyai 4 cawangan perniagaan minuman
Difahamkan Datin A tersebut turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman yang diusahakan oleh pelawak Shuib, Sepahtu.
Walaupun telah dinyatakan Shuib tidak terbabit dalam sindiket tersebut, namun dia tetap menerima tempiasnya gara-gara Datin A.
Memboikot minimun Bubble Bee
Antaranya ialah gesaan untuk menutup dan memboikot rangkaian perniagaan minuman Bubble Bee yang diusahakan beberapa selebiriti Malaysia.
Putrajaya, Senawang, Ampang & Sungai Buloh. Ini semua Bubblebee yang dibuka guna duit Macau Scam. Boikot je lah anak anjing ni sampai melingkup.
Ciapan tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.
Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur pemilik twitter tersebut dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah dilakukan datin berkenaan.