Isu mengenai berita penangguhan pendaftaran semestar baharu institusi pengajian tinggi hangat diperkatakan dimana terdapat ramai pelajar yang mula terkandas untuk pulang semula ke rumah masing-masing.

Prihatin dengan nasib pelajar terebut, penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka.

UPSI minta Ustaz Ebit Lew mohon maaf secara terbuka

Namun siapa sangka, niat baik beliau itu sebenarnya telah mengundang sesuatu…

Kerana didakwa tidak ikut SOP yang ditetapkan, Ustaz Ebit terpaksa menanguhkan hasrat beliau untuk membantu pelajar tersebut.

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga.

Beliau menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) selepas diminta berbuat demikian oleh Naib Cancelornya Prof Dr Shatar Sabran.

Saya cuma membantu

Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.

Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat.

Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan.

Menurutnya, inisiatif tersebut dilakukan setelah mendengar keluhan daripada pelajar yang tidak mampu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Selain UPSI beberapa lagi bas akan disewa untuk penuntut dari beberapa universiti lain yang memerlukan bantuan bagi membawa mereka pulang semula ke kampung selepas kerajaan memutuskan pembelajaran di institut pengajian tinggi dibuat secara dalam talian.

[fbcomments]