fbpx

Seorang anggota polis dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan, dipercayai akibat terlanggar seekor ular dalam kejadian di Kilometer 311.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah, Perak pada pagi Ahad semalam.

Kereta Terbabas Langgar Ular

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tapah iaitu Superintendan Mohd Naim Asnawi memaklumkan bahawa kejadian dilaporkan pada jam 5.38 pagi dan difahamkan mangsa yang berusia 36 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai selepas mangsa melanggar ular dan menyebabkan Honda Civic dipandunya terbabas sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Hajat Mahu Ambil Mak Tak Kesampaian

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan juga sempat untuk menitipkan ucapan takziah atas pemergian mangsa.

“Pemergian Allahyarham Koperal Wan Muhammad merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khususnya warga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara. Salam takziah,” ucap Hussein menerusi hantaran di Facebook Polis Selangor.

Sementara itu, seorang ahli keluarga terdekat mangsa turut memaklumkan bahawa arwah dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambil ibunya di kampung.

“Al-Fatihah buat anak buah kami. Beliau anak kepada sepupu saya Kak Nor di Taiping. Arwah meninggal dunia Kemalangan di Tapah. Dalam perjalanan balik Taiping ambil maknya,” tulis Mohd Najib di hantaran Facebook.

Kredit: Harian Metro, FB Polis Selangor & Mohd Najib

[fbcomments]