Pemergian Allahyarhamah Akiko Okumura iaitu isteri kepada usahawan Ridzuan Ridzokumura, masih meninggalkan rasa kehilangan yang mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terbaru, satu video di TikTok Ridz Okumura telah menyentuh hati ramai orang apabila ia menunjukkan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menziarahi pusara Allahyarhamah Akiko di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

@ridz_okumura

Terima kasih banyak2 Tunku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,sudi menzirihi pusara Aisyah Abdullah@Akiko Okumura🙏🏻🙏🏻🙏🏻🇯🇵🇲🇾 Tanah perkuburan usj22

♬ suara asli – “𝟭𝟳” – “𝟭𝟳”

Pemergian Akiko Masih Dirasai, Tunku Azizah Ziarah Pusara Arwah

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ridzuan yang meluahkan rasa terharu atas kesudian baginda melawat pusara isterinya.

“Terima kasih banyak-banyak Tunku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskadariah, sudi menziarahi pusara Aisyah Abdullah@Akiko Okumura,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa sebak kerana masih merindui arwah yang dikenali sebagai seorang wanita baik hati dan disayangi ramai.

Malah, ramai turut mengenang momen ketika Akiko dan Ridzuan sering membuat siaran langsung di media sosial. Ketika itu, Tunku Azizah juga kerap dilihat meninggalkan komen, terutama apabila Akiko sedang memasak dan berkongsi resipi.

“Arwah sangat istimewa, sampai Tunku sendiri datang ziarah. Ramai sayang arwah walaupun tak kenal secara peribadi,” tulis seorang pengguna.

“Dulu Tunku Azizah selalu komen masa arwah buat live. Masakan dia pun nampak sedap sangat. Bertuahnya arwah, walaupun dah tiada tapi masih diingati,” kongsi seorang lagi.

Untuk makluman, arwah Akiko meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.

Ridzuan dan Akiko berkahwin pada Februari 2009, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Sky Taizo Okumura.

Kredit: TikTok @ridz_okumura

 

 

[fbcomments]