Baru-baru ini tular satu perkongsian daripada pempengaruh media sosial, Rifdi Amri, mengenai perjalanan hidupnya dan kisah perkahwinannya dengan wanita pilihan, Raina.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai kerana mengandungi mesej penuh inspirasi, terutamanya kepada mereka yang sedang berjuang menurunkan berat badan.

Pempengaruh Mahu Jadi Suami Terbaik, Syukur Miliki Wanita Setia Terima Dirinya Ketika Berat Hampir 200KG

Dalam ciapan di aplikasi X, Rifdi meluahkan rasa syukur kerana sentiasa mendapat sokongan daripada Raina dalam apa jua keadaan, termasuk ketika dia berada di tahap terendah apabila berat badannya hampir mencecah 200 kilogram.

Rifdi juga menghargai kesetiaan Raina yang menerima dirinya seadanya dan sentiasa memberi semangat.

Selain itu, Rifdi turut menasihatkan mereka yang menghadapi masalah obesiti supaya tidak berputus asa. Beliau menegaskan pentingnya untuk terus istiqamah dan bertawakal dalam usaha menurunkan berat badan serta menekankan agar fokus diberikan kepada gaya hidup sihat secara menyeluruh, bukan hanya mengejar angka berat badan.

Perkongsian Rifdi ini bukan sahaja menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya, malah menjadi sumber motivasi kepada ramai orang untuk terus berusaha mencapai kesihatan dan kebahagiaan dalam hidup.

Kredit: X RifdiAmri

 

 

[fbcomments]