Selepas lebih 2 bulan kes pecah masuk rumah Kieda Crepe tidak mendapat berita, baru-baru ini polis berjaya memberkas dan mereman empat suspek bagi membantu siasatan.
Difahamkan, Kieda mengalami kerugian sebanyak RM800,000 dan polis berjaya merampas barangan kemas bernilai RM40,000 sahaja daripada jumlah yang dirompak.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYBLhMYd/
Kieda Dedah Identiti, Perompak Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM
Menerusi video yang dimuat naik oleh Kieda Crepe di laman TikToknya, beliau mendedahkan bahawa empat suspek yang memecah masuk rumahnya adalah orang yang sama ceroboh rumah usahawan sensasi, Kak KM.
“Empat suspek yang mana positif kes Kieda adalah pasangan suami isteri dan adik beradik. Mereka dah biasa pecah rumah Kak KM, founder lain pun ada.
“Nak beri penjelasan kat sini, yang mana suspek tu kami pun tak kenal dan memang di luar jangkaan kami sebab mereka duduk di Kuantan tapi buat kerja di Penang.
“Macam mana tangkapan boleh berlaku, info tu kami terima kat pihak D4 dan IPD kepala batas. Waktu tangkapan berlaku dekat Mahkamah Jalan Duta semalam, mereka di sana tengah bicara kes Kak KM.
“Jadi maknanya, ketika mereka masih dalam bicara kes pecah rumah, mereka giat aktif pecah rumah orang lain juga dimana rumah saya sendiri,” dedahnya.
Syukur Suspek Rompakan Ditahan Polis
Dalam pada itu, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais, 26, meluahkan rasa syukur apabila identiti empat suspek dapat dikenal pasti oleh pihak berkuasa dan berharap keadilan akan berpihak kepada dirinya.
Beliau juga menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertungkus lumus dalam menjalankan siasatan dan berharap akan berlaku keajaiban mendapatkan semula kesemua hartanya yang hilang.
“Hari ke 44 yang kami dapat jawapan buatkan kami tenang, hilangkan sedikit rasa trauma sejak rumah dipecah masuk. Kami menunggu jawapan siasatan polis dimana empat suspek ini direman, semoga ada keadilan.
“Terima kasih kepada D4 IPK Pulau Pinang, IPD Kepala Batas yang bertungkus lumus, tegas dan amanah dalam menjalankan siasatan.
“Saya harap semua jelas yang mana pecah rumah Kieda ni orang yang sama pecah rumah Kak KM yang mana kehilangan 2.1 juta dan founder lain tidak tahu berapa jumlahnya.
“Saya mengharapkan keajaiban sebab Kak KM boleh dapat, insya-Allah kalau kata rezeki berkat Allah hantar balik kat saya,” ujarnya.
Kredit: TikTok kiedacrepepenang