Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Lew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan Ibrahim Lew, semalam menyambung keterangan dengan memaklumkan mahkamah bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.

Menurut Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz berkata, laman sesawang yang dilayari itu adalah daripada aplikasi Google dan hasil itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Analisis Dilakukan Untuk Mendapat Jawapan Sahih Sama Ada Ebit Layari Video Lucah Atau Tidak

“Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut”.

“Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah,” katanya sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Majistret semalam.

Beliau turut memberitahu ianya bagi memastikan laman yang dilayari itu adalah laman yang mempunyai ciri-ciri lucah. Lalu beliau telah membuka beberapa laman sesawang dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman yang berunsur lucah.

Akan Disabitkan Kesalahan Jika Terbukti Bersalah

Ebit Lew juga berdepan dengan 11 tuduhan gangguan seksual, iaitu dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang dilakukan melalui aplikasi Whatsapp pada Mac dan Jun 2021.

Menurut pertuduhan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, beliau boleh disabitkan kesalahan penjara maksimun lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Kredit: BuletinTV3, Berita Harian

[fbcomments]