Pengguna motosikal amat bersikap sensitif jika terserempak dengan polis peronda dan mereka akan bertindak huru-hara kerana mahu larikan diri dari polis jika ada membuat sebarang kesalahan kerana takut disaman.
Namun baru-baru ini, satu video telah dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook berkenaan seorang lelaki yang tidak bertopi keledar dilihat santai menikmati air ikat tepi dan didatangi kereta peronda secara tiba-tiba kepadanya.

Tenang Dan Pasrah Turun Dari Motosikal
“Kebiasaannya akan ada segelintir pengguna jalan raya yang cuba melepaskan diri apabila terserempak dengan anggota polis. Tetapi sebaliknya, remaja ini dilihat tenang dan pasrah turun daripada motosikalnya selepas didatangi sebuah kereta peronda. Seolah-olah dia sedar dengan kesalahan yang telah dilakukan”, kapsyen yang ditulis di laman Facebook PDRM.
Remaja tersebut dilihat tidak memakai topi keledar yang mungkin menjadi punca polis membawa remaja tersebut ke bahu jalan.
Terima Kasih Memudahkan Kerja Polis
Berdasarkan baki kapsyen yang ditulis, mereka menyatakan bahawa mereka puji dengan sikap ketenangan dan kepasrahan remaja terbabit kerana telah memudahkan kerja polis dan tidak melarikan diri. Pihak polis hanyalah mahukan setiap pengguna motosikal utamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.
Meninjau di ruangan komen, beberapa netizen memuji akan keberanian remaja tersebut untuk berhadapan dengan kesilapannya.
“Adik yang berjiwa besar. Berani berdepan masalah dan mengakui kesilapan. Semoga berjaya dik”.
“Dalam hati tu hanya Allah sahaja yang tahu, tapi dia tetap cool. Tahniah adik, keselamatan tetap perlu diutamakan”.
“Semoga ada pengampunan dan dipermudahkan urusan dengan tuan polis”, sebahagian komen yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian berkenaan.
Kredit: Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM)