fbpx

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan golongan miskin terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan.

Pemotongan gaji golongan atasan

Justeru, bekas Perdana Menteri ini mencadangkan agar kumpulan berpendapatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta supaya melepaskan 10 peratus daripada gaji bulanan mereka bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ini satu pengorbanan tetapi saya rasa tidak akan menjejaskan mereka jika ada titik pemotongan yang munasabah.

Tambah beliau lagi, potongan tersebut boleh digunakan untuk menyediakan makanan dan barang keperluan kepada mereka yang tidak bekerja atau hilang punca pendapatan.

Ini kerana pada pendapat Tun, golongan berpendapatan tinggi terus memperolehi gaji lebih banyak daripada keperluan harian mereka berbanding dengan mereka yang kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan.

Gaji lazim seorang anggota parlimen adalah RM25,700 termasuk pelbagai elaun yang merangkumi elaun hiburan sebanyak RM2,500 sebulan dan pembelian komputer sehingga RM6,000.

Selain itu ahli parlimen juga menikmati peruntukan untuk kawasan parlimen masing-masing, dengan wakil rakyat kerajaan menikmati sehingga RM3.5 juta setahun, dan hanya RM100,000 untuk ahli parlimen pembangkang.

Ubah Belanjawan 2021 dari segi elaun

Mahathir berkata, masih terdapat ruang untuk mengurangkan kos operasi dan pembangunan dalam Belanjawan 2021 dengan menyebut bahawa menteri dan ahli Parlimen diberikan pelbagai elaun.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menggesa kerajaan agar mengubah suai cadangan Belanjawan 2021 untuk menjadikannya “lebih realistik”.

Kenyataannya ramai orang tidak gembira. Ini ditunjukkan pada reaksi mereka. Saya berharap belanjawan akan diubah suai untuk menjadikannya lebih realistik. Kami akan menyokongnya.

Kami tidak perlu diberikan rasuah supaya menyokong. Kami tidak mahu menimbulkan krisis.

[fbcomments]