Baru setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan sudah bercerai dengan pasangannya, Farhan Norzaini.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.”

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,”katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata memberi reaksi terkejut kerana pasangan ini nampak bahagia dan sering memasak bersama-sama.

Minta doakan yang baik-baik

Zulin bagaimanapun menerusi Instagram Storynya memohon doa dari orang ramai. Dia juga berkata tidak dapat memberikan penjelasan lanjut dan meminta semua pihak menghormati keputusannya.

Zulin juga menyatakan dia sedang bersama keluarga dan sedang dalam tempoh mengubat hatinya.

Pengacara terkenal itu menambah perkara tersebut bukannya content atau prank seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dia juga meminta orang ramai untuk hentikan spekulasi tentang perkara tersebut sebaliknya mendoakan yang terbaik buatnya.

Sekadar info, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

[fbcomments]