Berita duka menyelubungi pelakon terkenal, Rita Rudaini apabila abangnya, Ahmad Musyaiful Mokhtar dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Ahad ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
![]()
Abang Rita Rudaini Meninggal Dunia Pada Usia 51 Tahun, Rebah Ketika Hadiri Program JKDM
Allahyarham yang berusia 51 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.46 pagi selepas dipercayai rebah ketika menghadiri sebuah program anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya.
Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran Melodi di Instagram yang turut memaparkan keadaan Rita ketika berada di hospital.
Dalam perkongsian berkenaan, pelakon itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika berdiri di sisi jenazah abangnya. Rita yang berada di hospital ketika itu kelihatan sebak dan menitiskan air mata atas pemergian insan tersayang.
![]()
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halaman keluarga di Kangar, Perlis bagi urusan pengebumian.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan lanjut mengenai punca sebenar kematian Ahmad Musyaiful.
Kredit: Gempak