Seorang pensyarah dari Universiti Tekonologi Mara (UiTM) dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti senaman di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor pada Rabu semalam.

Rebah Secara Tiba-Tiba & Tidak Sedarkan Diri

Menurut sumber @mynewshub di laman X, difahamkan mangsa dikenali sebagai Junaidi Muslim yang merupakan seorang Pengarah Fasiliti & ICT UiTM Cawangan Selangor dimaklumkan rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri ketika sedang berjoging di kawasan terbabit. Kata saksi yang berada di tempat kejadian, mereka memberitahu Allahyarham dikhuatiri maut akibat serangan jantung ketika bersenam.

Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

Tambah sumber lagi, Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian walau usaha menyelamat menggunakan kaedah CPR telah dilakukan. Namun mereka tidak dinyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan Allahyarham maut.

Setakat ini masih belum ada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UiTM ataupun pihak berkuasa mengenai kejadian.

Kredit: X mynewshub

[fbcomments]