Seorang remaja berusia 19 tahun, Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands, akhirnya ditemui meninggal dunia dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, Kampung Beting Lintang, Jertih pada jam 6.40 petang semalam.

Remaja Hilang Semasa Perjalanan ke Cameron Highlands Ditemui Meninggal Dunia

Mayat remaja itu ditemukan bersama motosikal jenis Yamaha R15 oleh seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu untuk mencari lembu peliharaannya, selepas terhidu bau kuat dari kawasan semak berhampiran. Mangsa dipercayai meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Rozaime Ab Rahim, berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk pengecaman waris dan bedah siasat.

Kejadian berlaku ketika Ahmad Azreeq Zafreen dalam perjalanan bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarganya dari Kampung Batin, Seberang Takir, di mana ibu bapa dan ahli keluarga lain menaiki kereta Proton Persona manakala beliau menunggang motosikal.

CCTV terakhir menunjukkan mangsa berada di sebuah stesen minyak di Kampung Beting Lintang pada jam 1.38 pagi Jumaat lepas sebelum hilang.

Kredit: Astro Awani

 

[fbcomments]