fbpx

Seorang pensyarah di sebuah IPTA di Johor Baharu mengalami kerugian sebanyak RM 1.3 juta lepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Dalam laporan Berita Harian, mangsa telah diyakinkan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.

Wanita berusia 41 tahun itu berkata, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor Ku’ menawarkan bantuan dan mengarahkannya untuk membuka satu akaun bank baharu untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya.

Ini telah membuka peluang kepada suspek untuk memindahkan semua wang mangsa dari akaun baharu tersebut.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita itu kelmarin, selepas mangsa menyemak akaun banknya pada awal bulan ini dan mendapati semua wangnya sudah dipindahkan.

Modus operandi scammer tersebut termasuklah dengan mengenalkan diri sebagai pegawai Kementerian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendakwa mangsa telah terbabit dalam pemalsuan laporan Covid-19 di Sabah.

“Apabila mangsa menafikan dakwaan tersebut, panggilan terus disambungkan kepada individu yang kononnya merupakan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah bernama Inspektor Ku.”

“Lelaki itu pula memberitahu mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Johor di sini, hari ini.

Mangsa seterusnya diminta membuka akaun baru menggunakan nombor yang telefon yang diberi suspek agar wang simpanannnya selamat sementara kes disiasat.

Pindahkan wang berjumlah RM 1.3 juta

“Antara 17 Oktober hingga 25 November 2022, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM1.3 juta ke dalam akaun tersebut.”

Mangsa hanya membuat laporan polis apabila menyedari terdapat transaksi pemindahan ke beberapa akaun yang tidak dikenali dari akaun baharunya itu.

Kamarul Zaman, menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati apabila menerima panggilan mendakwa terbabit dalam aktiviti jenayah.

“Kita menyarankan orang ramai memuat turun aplikasi Whoscall yang membolehkan kita mengesan panggilan daripada ‘scammer’,” tambahnya.

Sumber: Berita Harian

[fbcomments]