Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan berkenaan status terkini pendemik Covid-19 di Malaysia.
Semalam telah memperlihatkan sedikit penurunan daripada hari-hari sebelumnya. Namun begitu, jumlah kes tempatan yang dilaporkan sedikit membimbangkan sehingga membuatkan ramai pihak risau akan berlakunya gelombang kedua pendemik tersebut di Malaysia.
Susulan daripada itu, pihak KKM tidak menolak kemungkinan andai Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) dan juga Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilakukan secara lokal jika ada kes baharu terus meningkat di kawasan tersebut.
Ini pula adalah respon daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob :
Setakat ini tidak lagi, raya (haji) masih ada seminggu lagi. Keadaan boleh berubah mengikut situasi semasa. Sebelum ini kita tak sekat pengunjung datang ke rumah pada hari-hari biasa.
Bagaimanapun, situasi boleh berubah dalam masa sehari, dua hari. Kalau dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan, kalau ada peningkatan kes secara mendadak, kita akan mengubah SOP (prosedur operasi standard) dan polisi kita.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan had jumlah pengunjung semasa Hari Raya Aidiladha berikutan trend peningkatan kes Covid-19 di negara ini.