fbpx

Bukan sahaja terpaksa menanggung hutang sebanyak RM300,000 malah nyawa pemuda ini turut terancam selepas diburu oleh 35 orang Ah Long.

Itulah yang terpaksa ditanggung oleh seorang usahawan, Warren Fernandez selepas kolaborasinya dengan seorang artis popular dalam perniagaan lingkup.

Ingatkan kolaborasi dengan artis popular dapat jana keuntungan tapi…

Bisnes yang dijalankan bersama Zain hanya bertahan setahun je sebelum terpaksa tamatkan operasi pada Jun 2019.

Warren berkata, kolaborasi dia dan Zain bermula selepas dia diperkenalkan dengan pelakon itu oleh kenalannya. 

Sejujurnya saya tak nampak bagaimana kami boleh jalinkan kerjasama itu tapi selepas beberapa kali berbincang, kami akhirnya teruskan atas dasar percaya dan tiada apa-apa perjanjian atau hitam putih dibuat.

Perjanjian itu adalah saga buka kedai gunting rambut dan Zain akan buka kedai kasut Zapatos termasuklah beg tangan yang dijual Che Ta (Rozita).

Zain juga akan uruskan segala bahagian yang melibatkan marketing dan exposure .

2019..Jatuh Bangkit.. Kenangan tinggalah Kenangan, Smuanya telah Ditakdirkan / The hardest Trials of Life, It was meant…

Posted by Warren Fernandez on Isnin, 30 Disember 2019

Menurut Warren lagi, Zain tidak mengeluarkan modal kewangan bagi menjalankan perniagaan mereka yang terletak di Kota Damansara dengan kos sewa kedai mencecah RM15,000 sebulan. 

Pada awalnya saya sangsi untuk menyewa di situ, namun Zain dan rakannya yakinkan saya bahawa mereka mampu berbekalkan marketing yang baik.

Menurut Warren lagi, Zain dan rakannya itu turut minta ubah suai kedai sehingga kosnya mencecah RM100,000.

Ketika ini saya dah habis banyak duit, semuanya modal saya sendiri. 

Apabila kerja ubah suai mengambil masa lebih dua bulan daripada tarikh yang dijanjikan, saya terpaksa pula menanggung kos untuk membayar gaji pekerja.

Dia juga sebenarnya ada cuba mendapatkan bantuan kewangan daripada Zain namun tidak berhasil. 

Dia beritahu tugasnya hanya untuk memastikan pelanggan ramai datang ke kedai kami. tapi apa yang saya nampak pula sebaliknya. Ada seorang dua sahaja artis yang datang… tapi masih tak membantu.

Akhirnya akibat tersepit dengan beban hutang, dan tak mampu untuk menangung kesemuanya, Warren terpaksa membuat pinjaman wang berlesen atau Ah Long dan Zain sendiri tahu hal tersebut. 

Zain enggan ulas dan kaitkan ianya sebagai hal peribadi

Menurut mStar, pihak mStar ada hubungi sendiri dengan Zain untuk minta penjelasan mengenai perkara ini namun beliau enggan memberi kenyataan dan hanya menyifatkan ianya sebagai hal peribadi.

Maaf saya tak nak komen untuk benda itu semua sebab ianya hal peribadi. Itulah kata-kata yang keluar dari mulu Zain sendiri.

Sumber : mStar dan Warren Fernandez

[fbcomments]