Bila dah jadi ibu ni, perasaan sayang terhadap anak itu tidak berbelah bahagi, tidak kiralah ianya anak angkat mahupun anak kandung sendiri.
Begitulah yang dilalui oleh wanita ini yang terpaksa berpisah dengan anak angkatnya setelah kasih sayang telah dicurahkan sepenuhnya pada anak itu semenjak bayi lagi dan kini anak angkatnya itu telah menjangkau enam tahun.
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un.
Kisah adik Amir, 7 tahun yang meninggal dunia kerana didera oleh ibu dan bapa tiri. Sebelum ni dijaga elok dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkat selama 6 tahun. Lepas tu ibu kandung tuntut balik konon nak jaga. Last-last kena dera sampai meninggal dunia adik ni. Mayat dijumpai dalam tong air. 😢
Al-Fatihah. Semoga tenang di sana dan syurga tempat mu dik.
Posted by Nor Farhana on Friday, January 29, 2021
Diambil setelah anak berusia 6 tahun
Menurut wanita ini, dia tiada daya upaya untuk menghalang hak mutlak ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut yang akhirnya mengambil semula anak lelakinya itu setelah enam tahun dibawah jagaanya.
Namun, apa yang lagi meluluhkan hatinya ialah, selepas 3 bulan anak di serahkan kepada ibu kandungnya, si kecik tersebut di khabarkan meninggal dunia kerana didera oleh ibu kandung sendiri.
Menatang Amir bagai minyak yang penuh
Jelas Norlida Abu Hassan lagi, dia berasa terkilan dan meluahkan kekesalannya kerana tidak mempertahankan hak anak itu dari di serahkan kepada ibunya.
Saya rasa menyesal kerana saya sepatutnya mempertahankan (hak untuk terus menjaga arwah) , saya juga faham perasaan ibu kandung yang rindukan arwah
Norlida turut berkata sewaktu mengambil arwah, dia tiada membuat apa-apa perjanjian dan dia sekeluarga turut menerima seadanya dan merasanya arwah membawa sinar buat keluarganya.
Menyingkap kembali bagaimana Amir berada di bawah jagaannya, menurut Norlida, dia hanya menghulurkan pertolongan kerana ketika itu ibu kandung kanak-kanak tersebut sedang menyambung pengajian dan masih belum stabil dari segi kewangan.
Di sini, dia ditimang dengan penuh kasih sayang sebab dia adalah ‘adik bongsu’. Manakala anak-anak saya yang lain dah besar semuanya, yang paling bongsu pun 17 tahun. Abang-abang dan kakak-kakaknya layan dia dengan penuh kasih sayang.
Ibunya rakan kolej anak saya
Menurut beliau lagi, ibu kanak-kanak tersebut merupakan rakan kolej anak nya.
Anak saya selalu bercerita dia simpati dengan kakak seniornya yang terpaksa jaga baby dalam masa yang sama bekerja dan belajar.
Memang saling tak mengenali pun, tapi saya turut simpati bila dengar cerita anak. Kemudian saya tawarkan pertolongan untuk jaga bayinya itu. Saya dengan berbesar hati terima bayi tersebut seperti anak sendiri.
Kepada ibunya, saya katakan usah bimbang… belajar dan selesaikan urusannya dulu, hal perbelanjaan susu, lampin pakai buang jangan difikirkan. Ada la rezeki Amir ni nanti.
Amir nak sangat kereta control
Hari demi hari hinggalah menjangkau usia Amir enam tahun, kemudian ibunya serius suarakan hasrat nak ambil Amir semula. Pada tanggal 13 Oktober lalu, ibu kandung Amir datang menjemputnya di rumah kami di Rawang, Selangor untuk dibawa pulang ke Melaka.
Norlida turut menjelaskan yang dia sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambut hari jadi Amir yang jatuh pada Disember.
Amir nak sangat kereta mainan remote control tapi tak sempat nak beli sebab semua terlalu pantas.
Saya selalu berhubung sama ada dengan ibu dan bapa tirinya untuk mengetahui perkembangan Amir. Rindu tak usah cakap. Saya tak boleh lihat baju sekolahnya, gambar ataupun video. Cepat luruh air mata.
Sepanjang besarkan Amir, saya sentiasa terbuka dan terangkan mengenai ibu kandungnya. Tak pernah pun terniat untuk rebut Amir sebab saya memang sedar akan hakikatnya. Saya anggap apa yang dilakukan untuk Amir adalah jambatan syurga untuk saya.