Membina rumah tangga yang bahagia amatlah diidamkan oleh setiap orang demi mengecapi masa tua yang indah. Namun, ia tidaklah terjadi kepada semua orang kerana setiap rumah tangga yang dibina ada pelbagai cabaran yang harus dihadapi.
Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang wanita yang bergelar isteri merana disebabkan terkena sihir pengasih, perbuatan suaminya sendiri.
Suami Guna Sihir Penunduk Supaya Boleh Bawa Perempuan Lain Masuk Rumah
Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh @PERAWATWANITANurul AR-SYIFA di TikTok, ia memaparkan seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila hidupnya merana selepas terkena ilmu pengasih dan sihir penunduk suaminya sendiri.
Difahamkan, suaminya kuat berfoya-foya sehingga sering membawa pulang perempuan lain ke kediaman mereka. Namun si isteri langsung tidak berasa marah atau cemburu terhadap perselingkuhan yang berlaku di depan matanya sendiri.
Kepala Akan Dihantuk Ke Dinding Kalau Melawan Atau Bersuara
Si isteri mendedahkan bahawa setiap hari suaminya akan membaca mantera dan menyembah makhluk lain demi memastikan ilmu hitamnya menjadi. Saat beliau cuba untuk melawan, si suami akan berang dan bertindak agresif dengan naik tangan dan melakukan kekerasan terhadap isterinya tanpa belas kasihan.
Kembalilah Ke Jalan Allah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat kasihan dengan keadaan si isteri yang lemah dan sanggup diperlakukan sebegitu.


Kredit: TikTok PERAWATWANITANurul AR-SYIFA