fbpx

Sudah jatuh ditimpa tangga. Nama Jakel seakan tidak kering di bibir masyarakat. Kisah mereka dan bangsa melayu masih lagi segar diingatan namun timbul pula isu baru yang menghantui mereka.

Hangat diperkatakan di media sosial apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan khemah besar milik Jakel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Guna sumber elektrik tanpa kebenaran

Perkara tersebut dikongsikan sendiri MBSA menerusi laman Facebook mereka yang dipercayai pihak Jakel mendirikan khemah tersebut tanpa kebenaran yang sah. Tak cukup dengan itu, mereka juga telah menggunakan kuasa elektrik tanpa kebenaran.

KHEMAH TANPA KEBENARAN MILIK SYARIKAT JAKEL DIROBOHSekitar operasi perobohan struktur khemah tanpa kebenaran milik…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Rabu, 13 Mei 2020

Difahamkan pihak Jakel telah membina struktur bekalan elektrik yang tidak mengikut spesifikasi. Sekali gus boleh mengundang perkara yang tidak diingini.­

Kenapa baru sekarang?

Melihat kepada reaksi warganet, mereka bersetuju dengan tindakan MBSA yang tegas melaksanakan tugas tanpa mengira pangkat. Walau bagaimanapun, mereka ada mempersoalkan kenapa baru hari ini tindakan tersebut dibuat.

Sedangkan khemah besar Jakel sudah pun bertahun-tahun didirikan di kawasan berkenaan dan langsung tiada tindakan dari pihak berkuasa selama ini.

Moga dengan kejadian ini memberi peringatan kepada semua usahawan agar sentiasa patuh dalam setiap peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

[fbcomments]