fbpx

Desas desus yang mengatakan rumah tangga Irma Hasmie berantakan pada beberapa bulan lepas akhirnya terjawab apabila pelakon dan pengacara itu dikhabarkan telah sah bercerai dengan suaminya Redza Syah Azmeer sejak enam bulan yang lalu.

Irma Hasmie Sah Bercerai

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh rakan baik Irma iaitu Reen Imran menerusi satu hantaran Instagram Story. Menurutnya, Reen memaklumkan bahawa dia sudah mendapatkan keizinan Irma untuk berkongikan perkara itu daripada timbulnya fitnah.

“Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas. Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulisnya.

Berada Dalam Keadaan Baik

Tambah Reen, Irma dan anak-anaknya kini berada dalam keadaan yang baik dan dia juga bakal mengerjakan haji tidak lama lagi.

“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

“InsyaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik-baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Redza Syah memaklumkan bahawa dia sudah pun berkahwin baharu selepas memuat naik foto perkahwinannya menerusi laman Instagram.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangga Redza Syah dan Irma.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Kredit: Instagram Reen Imran

[fbcomments]