Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang lelaki memuat naik video berkenaan sekumpulan keluarganya tidur di tepi kubur beratapkan khemah kanopi pada waktu malam. Lelaki itu yang dikenali sebagai @AsrulSamsu dilihat berjaga di kubur selama tujuh hari tujuh malam selepas kematian ibu saudaranya pada Jumaat lepas.
Itu Perkara Biasa Sebab Tradisi Suku Irranun Sabah
Menurut sumber yang dipetik daripada Mstar, Asrul memaklumkan bahawa ianya adalah perkara normal bagi mereka ia merupakan tradisi bagi suku Irranun di Kota Belud, Sabah, namun beliau tidak menyangka video yang dikongsikan itu tular di TikTok.
“Makcik saya meninggal dunia pada 8.15 pagi pada 21 Julai lalu. Arwah meninggal sakit tua, dia juga ada paru-paru berair, bercampur dengan kanser payudara lagi. Umurnya sekita 65 tahun. Memang jadi adat bagi kami orang Irranun, kami akan jaga kubur. Itu kewajipan kami apabila ada ahli keluarga meninggal. Dah banyak kali saya ikuti tradisi ini, dan tak rasa pelik, biasa je”, jelas Asrul.
“Saya sekadar post sebagai content, tak tahu pula tiba tiba viral. Saya terima banyak komen orang semenanjung, Brunei pun ada. Mereka tanya, kenapa tidur di kubur?”, tambahnya lagi.
Pernah Nampak Kepala Dengan Usus Terbang Dekat Kubur
Menurut Asrul lagi, selepas hari ketujuh mereka berjaga di kubur dan ahli keluarga juga akan mengadakan kenduri arwah untuk si mati. “Dulu masa arwah nenek meninggal pada tahun 2005, kami nampak kepala dengan usus terbang. Ada balan-balan datang di kawasan kubur. Apabila nampak, kami panggil orang yang lebih berusia, mereka baca ayat-ayat untuk halau. Kalau kami tinggalkan kubur, ia akan gali kubur tu. Sebab tu kena jaga tujuh hari. Sebab kedua, untuk elak orang datang buat ilmu hitam. Saya tak rasa takut, bangsa kami memang tak takut. Sebab ia dah jadi perkara biasa”, ujarnya lagi.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa netizen yang beranggapan ianya adalah tradisi yang pelik dan tidak tahu tentang kewujudan tentang tradisi ini.



Kredit: TikTok jabangbizang, Mstar